Monday, 4 July 2011

Pantun Buat Insan Bernama Kekasih




gelap malam disinari purnama
berkicau pungguk rindukan bulan
adik manis siapa nama
bolehkah abang jadikan teman

pokok renek berbunga kemboja
tempat bermain si burung nuri
kenapa adik bermuram durja
abang datang ceriakan hari

sayur tempoyak santapan raja
makan bersama adinda puteri
janganlah adik bersedih saja
abang merantau mencari rezeki

lautan dalam sanggup diredah
mencari perhiasan mahkota puteri
jangan la adik berhati gundah
tibanya masa pinangan ku beri

mutiara dicari ketemu sudah
buat mahkota puteri melaka
ikatan nikah terakad sudah
moga kekal hingga ke syurga



[pijan_jr]


2 comments:

bukan photographer said...

ececeh..berpantun plak..nak membeli, xreti plak pantun2 ni..syair boleh la..haha

pijan jr said...

haha....

Post a Comment