Showing posts with label Santapan Rohani. Show all posts
Showing posts with label Santapan Rohani. Show all posts

Monday, 9 May 2011

Siapakah MALAIKAT itu??

Suatu hari seorang bayi menerima perintah daripada Penciptanya : "Sebentar lagi, engkau akan bersiap sedia untuk diturunkan ke dunia."
Sesungguhnya bayi itu berasa amat takut,gusar memikirkan akan dilahirkan ke dunia yang tidak pernah dilihatnya.
Lalu bayi itu bertanya kepada Tuhannya: "Selama ini ada malaikat yang menjagaku. Dan para malaikat ini memberitahu aku akan dikirimkan ke dunia. Tetapi, bagaimana aku akan hidup di dunia ini dengan tubuhku yang kecil dan lemah ini?"
Lalu Tuhannya menjawab: "Jangan takut. Sesungguhnya aq telah memilih seorang malaikat untuk menjaga dan mengasihimu di dunia itu nanti."
Akibat masih takut, bayi itu bertanya lagi: "Dunia ini sudah tentu berbeza. Jika di dalam syurga ini aq hanya perlu bermain, bernyanyi dan ketawa membuatku terasa bahagia. Bagaimanakah di dunia itu nanti?"
Lalu Tuhannya menjawab: "Jangan takut. M alaikat yang ku pilih itu akan menyanyikan lagu untukmu, menghadiahkanmu dengan senyuman dan kasihnya membuat engkau berasa hangat dan dicintai!"
Bayi itu masih belum berpuas hati lalu bertanya lagi: "Aku tidak akan memahami bahasa mereka dan mereka juga tidak akan memahami apa yang aq bicarakan. Bagaimana aku boleh hidup dengan mereka?"
Lalu Tuhannya menjawab: "Malaikat yang ku pilih itu akan berbicara padamu dengan bahasa yang paling indah, paling lembut dan dipenuhi  kesabaran dan perhatian. Dengan ketelusan dia akan mengajarmu untuk berbicara."
Bayi itu bertanya lagi: " Dan bagaimana caranya perlu aku lakukan jika ingin berbicara dengan-Mu kelak?"
Lalu Tuhannnya menjawab: "Malaikat itu akan mengajarmu bagaimana caranya nanti!"
Bayi itu masih terus bertanya: "Aku dengar di dunia itu ramai orang jahat. Jadi, siapa yang akan melindungiku nanti?"
Lalu Tuhannya menjawab: "Malaikatmu itu akan melindungimu dengan segenap jiwa raganya sekalipun perlu mengorbankan dirinya!"
Dengan sedih bayi itu bertanya lagi: "Aku akan berasa sedih kerana tidak dapat bersama-Mu lagi!"
Lalu Tuhannya menjawab: "Usah gusar. Malaikatmu itu akan  menceritakan tentang-Ku padamu. Malaikat itu akan mengajar engkau bagaimana engkau akan kembali kepada-Ku bila sampai waktunya nanti. Sesungguhnya Aku sentiasa berada disisimu!"
Dan sebelum diturunkan ke dunia, bayi itu bertanya soalan terakhir: "Jika sudah terpaksa aku pergi ke dunia itu, bolehkah aku tahu siapakah nama malaikat yang Engkau maksudkan itu?"
Lalu Tuhannya menjawab: "IBU! Ibu yang melahirkan engkau!"

suntingan dari MASTIKA Mei 2011 page 12 & 13

p/s : Sayangi ibu anda selagi anda boleh menyayanginya...... Jika dia sudah kembali kepada Penciptanya, janganlah iringinya dengan tangisan kerana itu akan menyiksanya..... iringlah pemergiannya dengan sepucuk AL FATIHAH..... Sesungguhnya SYURGA itu terletak ditelapak kaki ibu...... 

SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA WANITA YANG BERGELAR IBU,EMAK, UMMIE DAN BONDA

special dedicate to my mom ;



Mutiara Kata

Didiklah anak-anak mu itu berlainan caranya dengan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan dari zamanmu....

- Saidina Umar Al Khatab

[pijan_jr]


Mutiara Kata

Hiduplah sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti mati. Cintailah sesiapa yang kamu sukai, sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya. Lakukanlah apa saja yang kamu kehendaki, sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya. INGATLAH BAHAWA DALAM SETIAP KESUKARAN ITU AKAN ADA KESENANGAN...
-Ibnu Abbas

[pijan_jr]


Mutiara Kata

Apabila kamu berasa letih setelah berbuat KEBAIKAN, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal selamanya. Namun jika kamu bersenang-lenang dengan dosa, sesungguhnya kesenangan itu akan hilang tetapi dosa yang dilakukan akan terus kekal.....

- Ali bin Abi Talib

[pijan_jr]


Wednesday, 16 March 2011

why islam so strict towards muslimah [woman]??

A guy asked a MUSLIM " why do ur girls cover up their body & hair ?! " The MUSLIM guy smiled & bought 2 sweets.Then he opened the 1st & kept the other one closed .. He thrown them both on the dusty floor and ask the guy " if i asked u to take one of the sweets which one u will choose !? " the guy said " the covered one " ..Then the MUSLIM said that's how we treat & see our women  ^_^ credit to _Iqbal_



ada 2 biji buah di sepohon pokok... 2 biji buah sgt berharap dipetik manusia... namun tiada seorg pon memetiknya... satu hari, buah A mengambil keputusan menggugurkan diri ke tanah dengan harapan menarik perhatian manusia... buah B tetapkn pendirian utk stay dipohon tersebut..... akhirnya buah A buruk serta membusuk dan tidak langsung dipandang manusia sedang buah B akhirnya dipetik oleh manusia selepas cukup masaknya.....  :)




bangkai berbau busuk, jijik dan dipandang hina apabila terbiar dipermukaan bumi...... tetapi bangkai yang terbenam di dlm perut bumi beribu tahun menjadi rebutan umat manusia......





this why islam so strict towards muslimah [woman].....  islam begitu prihatin dlm mnjaga "mutu" dan "kualiti" seseorang muslimah..... renung-renungkanlah..... klu rasa diri tu berharga..... jaga la ia elok2...... 
*pass it if u r proud to be a MUSLIM...

[pijan_jr]


Monday, 14 March 2011

islamic couple???



Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan peras...aan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...




p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya....wallahualam

credit to Paan Cool






[pijan_jr]